Peluang bercuti tanpa gaji untuk bersama anak saya telah rancang rapi agar dimanfaatkan sepenuhnya. Perkara yang tidak dapat dilakukan apabila berkerja saya cuba selitkan agar tercapai. Bagi saya kepuasan bercuti bukan dengan berehat semata-mata tetapi melakukan perkara yang membawa manfaat.
Minggu lepas saya sempat menyertai kursus mental arithmetic. Memang sudah lama saya ingin sertai, tetapi tiada kesempatan kerana nature kerja dan keperluan keluarga yang perlu ditunaikan. Apabila belajar tentang otak anak-anak kecil, memang sangat menggambarkan betapa hebatnya Allah.
Memang dari dulu saya mementingkan ‘Golden Age’ mereka. Saat otak kanan mendominasi dan ingatan kekal sangat kuat. Otak kanan ini akan semakin susut fungsinya terutama menjelang umur 6 tahun.
Ada pelbagai cara melatih otak kanan agar terus ‘gagah’.Salah satunya adalah melalui mental arithmetic. Sistem ini menggunakan kedua belah otak, apabila otak kiri dan kanan digunakan dengan seimbang, anak tidak mudah bosan, tidak mudah berkhayal dan daya fokus lebih hebat. Anak berkhayal @ mengelamun kerana otak kanan tak digunakan.
Itu yang kerap berlaku di kelas-kelas di negara kita dimana sistemnya lebih kepada otak kiri.
Kelebihan anak yang belajar mental arithmetik
Kelebihan memang ramai dah tahu. Antaranya ia melatih anak berfikir pantas, analitikal, kreatif dan imaginatif. Apabila anak lebih kehadapan keyakinan diri pasti meningkat. Otak kanan lebih tajam dan lebih lama mendominasi sebelum otak kiri menguasai.
Untuk memulakan belajar mental arithmetik ana mesti kenal dan memahami konsep nombor sekurang-kurangnya 1-10. Jadi anak-anak seawal 3 tahun dah boleh mula. Memang banyak tips dan ilmu saya dapat daru kursus Pn LinaKarim ini. Hinggakan cara mengajar anak pun diajarkan. Orang yang ‘buta sempoa’ seperti saya rasa bebaloi menyertainya.