Suami saya bertanya ” tak nak try lotus birth?”
“Sentap sekejap”
Lotus birth, kelahiran yang membenarkan uri dan tali pusat gugur dengan cara semulajadi. Nampak macam menarik sebab lain dari biasa kan…tapi bahaya kalau kita ikut sahaja sesuatu yang nampak ‘menarik’ tanpa tahu fakta.
Bagi kami yg kerja merawat kanak-kanak. Lotus birth bukan sahaja tak ikut cara Islam dimana uri di bersihkan lalu ditanam segera, malah membawa bahaya.
1. Jika ada yang mengatakan lotus birth boleh mengelak anaemia..mungkin anda perlu tahu bahawa lambat memotong tali pusat juga boleh menyebabkan darah merah yang pekat dipanggil ‘polycythaemia’, dimana ia boleh menyebabkan bayi biru hujung jari kaki dan tangan dan lebih teruk menyebabkan sukar bernafas. Kadangkala keadaan ini memerlukan partial exchange di mana darah perlu dikeluarkan sedikit kerana terlalu pekat. Polycythaemia boleh sebabkan kuning yang teruk lantas mengancam nyawa dan boleh menjejaskan otak jika terlalu tinggi bacaannya.
2. Sumber kuman. Keadaan lotus ini memudahkan kuman ‘direct’ masuk ke bayi melalui tali pusatnya. Placenta atau uri yang disimpan masih terdapat darah yang merupakan medium terbaik untuk kuman membiak dan tanpa halangan masuk ke bayi.
3. Bahaya apabila melibatkan pergerakan bayi. Ibu perlu menyusukan anak.Memandikan dan memberi sentuhan merangsang ‘bonding’ antara anak dan ibu. Dengan tali pusat panjang begitu, risiko ‘tersentap,tertarik atau rentapan boleh menyebabkan pendarahan kerana tali pusat ada ‘artery’ salur darah yang jika terentap menyebabkan pancutan darah dengan laju lantas kembahayakan nyawa. Bau yang busuk dari uri yg berhari-hari juga sedikit sebanyak menganggu ‘bonding’ walaupun ada aromatherapy.
4. Sumber nutrisi. Placenta yg telah tanggal dari rahim tidak berfungsi lagi. Ia tidak membekalkan nutrisi sebaliknya nutrisi anak adalah dari susu ibunya yang titisan-titisan awal sangat kaya dgn antibodi dan nutrisi terbaik utk bayi.
5. Kenyataan bayi merasa sakit ketika tali pusat dipotong agak kurang jelas. Pada tali pusat bayi tiada saraf. Saraf yang membuat kita rasa sakit. Hanya ada 3 salur darah iaitu dua artery dan satu vena. Pemotongan dibuat dengan teliti. Jika pemberhetian kitaran darah dari tali pusat yang sebabkan anak sakit, sebenarnya, pemberhentian darah dari placenta ini merupakan satu faktor penting yang menjadikan tekanan darah dari kitaran ‘sistemik’ dibadan tidak tinggi lantas membolehkan peredaran darah di paru-paru bayi seterusnya membolehkan paru-paru mengembang secara fisiologinya.
6.setelah tali pusat dipotong, doktor boleh melihat kepada bilangan artery dan vena.Jika bilangannya bukan 2artery dan 1 vena, dikhuatiri ada masalah buah pinggang atau organ dalaman lain yang memberi peluang untuk ‘detect’ perkara tidak normal lebih awal.
7.Sekiranya ada kecemasan contohnya masalah sakit jantung sejak dlm kandungan yang semakin teruk selepas dilahirkan, harapnya kelahiran lotus tidak diteruskan agar rawatan dapat diberikan.
Saya pasti, tiada ibu mahukan sesuatu yg buruk untuk bayinya. Kadangkala pengaruh luar dan kurang kajian mengenainya menyebabkan kita ingin mencuba kelainan utk kebaikan bayi. Namun jika kita lakukan sesuatu kita perlu tahu mengapa kita mengambil pendirian begitu.Bukan mengikut atau kerana benci sistem hingga memperjudikan nyawa anak..
**Ini hanya pendapat peribadi saya sebagai blogger..