Perihal Jerebu dan Anak-anak

Hari ni sekolah cuti lagi kerana jerebu yang menebal. Semoga kita muhasabah diri pentingnya udara yang diciptakan Allah..

Balik kampung raya haji pun banyak duduk rumah kerana ada anak-anak kecil. Yang melapah daging korban pula terpaksa memakai ‘mask’. Tapi menarik juga nampak lebih menjaga kebersihan..hihi

Bila sekolah ditutup..ada yg berkata hanya kanak-kanak punya paru-paru. Memang sebaiknya semua lapisan masyarakat diberi peluang untuk jauh kan dari risiko asap jerebu. Tetapi anak-anak adalah golongan yang sangat ‘fragile’. Jika sakit mereka mudah teruk.

Anak-anak dirumah ni disuruh minum air banyak.. since anak lelaki suka ‘competition’ saya buat pertandingan siapa boleh habiskan air satu botol dlm beberapa jam.

Botol air asing kerana M sudah batuk dan selsema tetapi abang2 nya tidak. Elak sebar kuman maka asingkan botol.

Botol air ni beli masa promosi mph..hanya rm3 satu botol..best! Bpa free

Tinggi 600mls, tengah 500mls..yg kecil 400mls..ikut kapasiti anak.

Mata anak-anak pula kerap ‘sticky’, mungkin sebab habuk..bersihkkan dgn air bersih..hidung pun sama.

Galakkan pengambilan buahan kaya vitamin C atau jus untuk tingkatkan daya tahan badan. Ibu yang menyusu, juga perlu lebihkan vitamin c – rich food kerana vit c larut dalam air boleh ke dalam susu seterusnya insyaAllah sampai kepada bayi.

C164H8 Orange Juice with Pitcher
Orange Juice with Pitcher

Apabila jerebu, wad kanak-kanak akan sibuk.Anak-anak sukar bernafas dan yang memang ada asma mendapat serangan. Ada ibu-ibu yang beli ‘home-nebulizer’.

Home nebulizer
Home nebulizer

Ia memudahkan kerana tak perlu bersesak ke hospital. Tetapi home nebulizer merisaukan doktor. Cadangan saya, jika sukar bernafas atau batuk berterusan dapatkanlah rawatan terutama jerebu kini.

 

Kenapa risau?

  1. Bukan semua sukar bernafas perlukan nebulizer
  2. Nebulizer yang kerap digunakan bersama ubat titis salbutamol (ventolin) boleh menyebabkan jantung anak berdegup laju
  3. Bagi anak yg asma, jika pam biru yang diambil sekerap 4 jam sekali tidak melegakan lebih baik ke hospital dari neb dirumah
  4. Anak yg ada asma jika kerap.memerlukan nebulizer berkemungkinan besar memerlukan kombinasi pam selain warna biru bagi merawat paru-paru. Jika lewat dirawat dengan betul akan menyebabkan kerosakan paru-paru kekal.

Apa jua, pencegahan adalah lebih baik. Elakkan keluar. Pakai mask n95. Cuci tangan dan lakukan apa yang dibincang di atas…

Semoga jerebu cepat hilang!