Aktiviti baru kami adalah menjaga pokok Cili.
Objektif:
1. Belajar tentang tumbuhan (sains)
2. memupuk rasa tanggungjawab dalam diri anak-anak
3. mewujudkan suasana menarik dalam pembelajaran
Pokok cili ni boleh didadpati di kedai-kedai seperti giant, tesco.
Harga untuk pokok cili kami adalah RM10.
Mengapa pilih pkok cili? Sebab warna merah cili disamping kehijauan daunnya menarik untuk dijadikan hiasan disamping cilinya boleh digunakan untuk memasak.
Hari ni mengajar anak-anak yang tumbuhan memerlukan air sebagai minuman dan matahari untuk sumber tenaga. Sekarang belum sesuai untuk ajar si kecil 3 tahun tentang proses fotosintesis.
Tugasan menerangkan proses fotosintesis ni mungkin akan diserahkan kepada Umar untuk menerangkannya kepada adik-adik.
Sedikit tips cara menjaga pokok cili:
1) pokok cili sangat suka cahaya matahari, dan pelrukan tempat yang kering
2) pokok cili tidak boleh terlebih air, ini akan membunuhnya. Jika daunnya kelihatan layu, rasa tanahnya, jika terlalu kering siramkan dan jika terlalu lembab letakkan di bawah matahari untuk mengeringkannya.
3) lebih kerap dipetik cilinya, lebih banyak ptik akan terhasil
4) Pokok cili juga memerlukan baja yang sesuai terutama apabila daunnya sudah kelihatan kuning
5) Pokok cili tidak tumbuh dengan baik sekiranya pasunya terlalu besar. cukup sekadar 2-3cm sahaja keluasan pasu dari pokok. Apabila pokok cili sudah 2-3kali lebih besar dari pasu bolehlah mengubah ke pasu yang lebih besar.
Sekian..:)
Terima kasih atas info
Sama2 Tuan 🙂