Kerja anak memang bermain. Maka pilihlah mengikut kesesuaian umur anak-anak. Tidak perlu melabur terlalu mewah dalam permainan kerana alatan dirumah seperti cermin untuk melihat imej, pinggan mangkuk plastik, botol kosong juga boleh dijadikan bahan untuk stimulasi anak-anak.
Secara umumnya, ciri-ciri yang perlu ada pada permainan:
a. Alatan yang mendorong anak bergerak secara fizikal. Lebih banyak anggota yang digerakkan dan terlibat dalam permainan itu akan merangsang lebih banyak pertumbuhan neuron atau saraf otak anak.
b. Permainan yang mewujudkan perasaan ingin tahu dan mendorong inisiatif daripada anak-anak
c. Alatan yang boleh dibuka dan dipasang atau dibina semula
d. Permainan yang mendorong pemikiran dan tingkah laku yang matang.
Ajar anak-anak untuk menjaga alatan permainan mereka agar boleh digunakan untuk adik-beradik berikutnya.
Susun atur mengikut kategori bagi memudahkan anak-anak memilih alatan yang sesuai dan mengelakkan bersepah. Walau semahal mana pun permainan yang diberikan, permainan terbaik bagi anak-anak adalah permainan yang disertai oleh ibu bapanya atau adik-beradik yang melibatkan komunikasi yang berterusan.