Homeschool: 20minit
Perancangan masa dan disiplin mematuhinya sabgat penting untuk homeschooler. Bagi saya disiplin bermaksud apa yang dirancang perlu dilaksanakan walaupun dalam ‘flexibility’ homeschool.
Saya percaya setiap homeschool ada cara sesuai yang tertentu. Tak mungkin 100% sama. Untuk kami perancangan aktiviti setiap 20minit adalah cara yang sesuai. 20minit bermaksud walau dalam jadual dirangkakan untuk 1jam tetapi fokus dengan betul 20minit.
Lagi 40minit ‘spare’ time utk anak-anak warm up dengan perbualan, persoalan dan penceritaan kerana anak-anak akan teruja atau kadangkala ada karenah yang perlu diuruskan.
Berhenti rehat selepas selesai 20minit. Ini kerana:
-daya tumpuan anak tidak lama
-beberapa ‘types’ anak tidak sesuai duduk lama
-ibu homeschooler perlu mengurus rumah juga
-perubahan subjek menjemput mood keterujaan anak
Kalau lama dari 20minit, kenarangkalian anak lari dan tak mahu laksanakan tugasan adalah tinggi.
Antara yang kami dapat lakukan dalam sehari:
Sewaktu makan tgh hari, minum pagi dan petang kami bersembang sambil ‘bonding’ time.