AL -ALAQ AYAT 1-5
Sempena Maulidur Rasul. Kami tiada specific homeschool activity.Cuma kami cuba kaitkan semuanya dengan seerah ringkas. Contoh:
1) hafazan hari ini adalah lancarkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
2)terangkan apabila menyebut Rasulullah diikuti sallallah hu ‘alaihiwassallam..sebagai memuliakan baginda.
3)main di luar sampai peluh-peluh,duduk dibuai bercerita kaitkan dengan kepenatan masa peperangan zaman Rasulullah cth perang Badar..
2) tengok calendar 2016 dan ceritakan ‘birthday’ Rasulullah jatuh bulan berbeza..kenapa?? Ceritakan perbezaan kalendar islam dan kalendar masihi
Kemuncaknya kami bercerita tentang kisah Rasulullah beruzlah di Gua Hira’..abang Umar yang ceritakan kisah wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w melalui Malaikat Jibril kepada Rasulullah s.a.w.
Kami cerita dalam gelap berlampukan ‘pelita’ kecil. Peluk anak untuk lebih faham kisah Rasulullah dipeluk oleh malaikat Jibril dalam gua Hira’ utk lebih rasakan kisah seerah itu..
Penutup, abang umar bacakan surah Al-Alaq ayat 1-5. Ummi bacakan tafsirnya..
#auladhomeschool
#maulidurrasul
#selawatkeatasbaginda