Al Ankabut ayat 41

AL-ANKABUT AYAT 41

Beraktiviti berdasarkan ayat Quran adalah cara yang cuba diterap untuk homeschool kami agar anak membesar dengan keindahan Quran.

Hari ni aktiviti berkisar ayat 41 surah Al Ankabut. Kenapa pilih ayat ini..kerana anak-anak berusia 5-9tahun gemarkan haiwan terutama anak-anak lelaki. Saya start the mood dengan baca buku ziyad & tiger yang mereka dah familiar agar boleh relatekan..12376043_10153661965501690_4653416425810873418_n

Bukan mudah untuk terangkan konsep sarang labah-labah yang sukar dibiat dan juga rapuh. Maka anak-anak perlu bina sendiri sarangnya.

“Susahnya nak buat…” keluh sang anak.

“Kena sabar.Cuba bayangkan labah-labah buat sendiri je..org langgar putus lagi sarang tu..dia buat balik..” pujuk anak untuk belajar sabar.

“Sarang labah-labah kuat tak agak-agaknya? Kalau kita pegang apa jadi?”

“Putus…tak kuat la sarang tu”jwb anak.12345580_10153661966546690_3155695935791552281_n

“Bahayakan..kalau kita nak jatuh kita pegang pada sarang labah-labah..”

“Jatuhla kita” jwb anak lagi bersilih ganti. Pandang ke atas berfikir mungkin.

Sebab tu Allah bagi contoh ..kalau nak selamat kena pegang pada yg kukuh..tak mati..tak patah..tak perlu bantauan sesapa ..iaitu Allah..bukan benda lain..mcm patung ke”12348056_10153661966066690_5144604391380789664_n

Anak mengaitkan kepada pemandangan di batu caves yg pernah mereka lihat..

Kemudian bersambung dengan kisah sirah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar di gua Thur..sarang labah-labah dan merpati..12391898_10153661968261690_1228474510495962916_n

Learning points:
Ayat Al Ankabut
Sains berkaitan labah-labah
Motor halus membina spider & the web
Storytelling from the webs & spider
Sirah peristiwa ringkas masa hijrah

Allahumma faqihhufiddin..

11214016_10153661967761690_754272832070043584_n 12316087_10153661966731690_8046804224106837760_n 12341450_10153661966166690_4323943469657082244_n12373161_10153661967226690_5493498216153278255_n

#auladhomeschool