PROJEK BAHTERA NABI NUH
Projek petang tadi. Anak pula asyik bertanya “apa aktiviti petang ni ummi?” macam tertunggu-tunggu.
Anak lelaki memang suka hands on. Lebih meresap kehati dan minda.
Maka panggil anak-anak. Buka komik tafsir lego darireadwithmeaning.wordpress.com. ingat nak focus bab bahtera nabi Nuh sahaja.
Suprisingly anak-anak nak tahu the ‘whole story’. Bagus juga, maka mula dari kisah bagaimana kaum Nabi Nuh yang mula membuat berhala untuk memperingati sahaja akhirnya menjadi taksub dan terus dihasut syaitan untuk mensyirikkan Allah. Inilah talbis Iblis (hasutan iblis).
Sampaila kisah banjir besar.
“Macam mana Nabi Nuh tahu nak buat kapal? Peliknya..” neuron mula bercambah.
“Haa itulah yang diejek oleh org yg tak percaya bahawa Allah yang mengajar Nabi Nuh. Allah beri panduan sebab tu dapat bina..hebatkan.”
Lalu ambil buku tamadun islam maghfirah. Tunjuk gambar kesan sejarah kapal Nabi Nuh. “Wow..besarnya”
Haa..jom kita buat kapal!
“Yeay..tapi pakai apa?”
Cari idea kami google ideas bersama.
Sambil bina kapal sembang – sembang tentang:
1) Penting buat “base” kapal yang kukuh dan stabil.macam dalam hidup manusia. Perlu asas aqidah yg kukuh.
2) Pentingnya layar untuk diubah apabila perlu agar kapal kearah yang benar.
3) kerjasama utk membina
4) setiap peringkat pembinaan test dan nilai.
5) asas sains tentang tenggelam dan timbul
6) kenderaan juga ada diajar dalam Quran.
Penat juga tapi kemas bersama. Alhamdulillah anak-anak enjoying it.
#auladhomeschool