Kisah anak type 2

AL KISAH ANAK TYPE 2

Umar anak type 2 dominan mixed with secondary type 1.
Type 2 lebih sensitif dan sering berhubung dengan persekitaran dengan emosi. Alhamdulillah saya dapat mengenal pasti type Umar maka saya dapat ‘react’ accordingly.

Alkisahnya, Umar sangat excited nak sertai kem hafazan yang berlangsung utk sabtu &ahad. Maka kami daftarkannya.

Tiba-tiba pulang program semalam dia sgt nampak gementar dan saya dpt lihat pergerakan badannya yang ‘restless’. Namun dia tidak bercerita. Bila ditanya semua pujian belaka utk program dan rakan-rakan.

Dia menghafal sampai dah lewat saya nampak dia letih saya suruh tidur. Saya dpt hidu sesuatu yang mengganggu emosinya. Saya peluk bahunya dan bertanya.

Slowly he said..boleh tak kalau tak pergi esok..air mata bergenang..dia kata dia cuba tapi dia rasa tak boleh buat…Rupanya dia stress esok ada stimulasi memghafal guna kaedah baru dan baca dipentas.

Majoriti anak pasti gementar terutama jika tak biasa ke pentas.
Tetapi anak type 2 lebih lagi kerana mereka berinteraksi dengan emosi.Apabila emosi terlalu ekstrem akan buat mereka diluar kawalan..

Type 2 juga tak semena-mena akan menangis dan sebenarnya mereka sendiri TAK TAHU kenapa…emosi ..

Type 2 juga lebih prefer interaksi one to one berbanding menjadi center of attention.

Type 2 akan cuba korbankan perasaannya untuk gembirakan orang lain. Sebab tu Umar cuba paksa diri sampai lewat malam.

Bersyukur apabila dah faham Umar saya tak rasa nak marah walau perlaburan wang telah keluar dan saya tak rasa dia mengada-ngada.

Allah gerakkan hati utk duduk dan dengar emosinya…

Utk anak lain reaksi expected utk situasi sama:

Type 1: itsgonna be fun, light and easy ( jenis happy&sosial)
Type 3: lets do it..i love challenges (jenis determine)
Type 4: i do it or not..you must respect my decision (jenis serius)12295468_10153648631106690_4975885540594182825_n