AN NABA AYAT 13
“Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?”
Allahuakbar.. dialog anak-anak 2-3 hari ni berubah.
Eh tengok ni..
“Sarang al ankabut!!!”
“Ummi!!biskut tumpah habis an naml datang”
“Mommy..i can see al buruj in the sky”
Semoga bukan nama surah itu je sampai ke hatimu, nak. Semoga apa ummi cuba sampaikan iaitu tentang keagungan Allah meresap dijiwamu.
Semalam petang sempat bereksperimen tentang bumi..bulan..matahari. mudah sahaja..guna 2biji bola satu lampu suluh.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;” Ali Imran:190
Boleh ceritakan tentang:
-bumi berputar dipaksinya
-gerhana bulan/matahari
-kejadian siang dan malam
-perbezaan cuaca
“Wow hebatnya!!” Anak-anak menghargai kehebatan alam.
Balik ayahnya,tak sempat ayah duduk diceritakan bulan matahari bumi….
#auladhomeschool