TEKA NAMA SURAH
Anak nampak macam nak tidur hampir waktu asar.
Maka ligat Ummi fikir apa yang boleh elakkan mereka tidur waktu ini.
Kami bermain teka lukisan. Temanya nama-nama surah.
Tak sangka menarik juga main begini. Saya mula dulu:
“Cuba teka nama surah jom…”
“Ala we dont know nama surah..its hard!”
“Cuba je dulu”
Saya lukis labah-labah – “ANKABUTTTT!!” Anak -anak jerit nak menang.
“Haaa kan pandai dah nama surah”
“Me..me..musleh nak lukis” anak 3 tahun pelat-pelat nak lukis.
Dia ambil kapur buat titik titik…”ape ni??”
Kami blur…abang-abangnye gelak-gelakkan..apa la musleh lukis..
“SEMUT la..kan semut kicik (kecik) tak nampak”
“Haaa pandaila musleh..surah An Naml semut” saya lukiskan semut yang besar sikit..
Tak sangka si kecil ingat ..mungkin dari kerap bacakan buku ziyad & Tiger atau saya pernah cakap pada mereka…
Umar pula bangun ambil kapur..lukis orang solat tepi tingkap ada matahari..
“Ad dhuha.” Jawab saya..
“Salah..Al fajr.. kan ada matahari ni…”
“Tak aci..dhuha pun ada matahari”…saya tak puas hati..Umar confuse sendiri..”Bolehla..dhuha pun aci la..”
Thariq tak nak lukis dia mahu meneka sahaja…maka umar teruskan dengan:
1) gambar bahtera: Nuh
2) tiada idea dia selak Quran…dia lukis orang sebaris bersolat: As saff
3) bintang : buruj
4) bulan dan orang tidur: Al lail
5) Matahari: As Shams
Tiba-tiba gambar ular…surah musa katanya…heh ini kes confuse ni…kami tak gelakkan cuma check bersama tiada nama surah musa..rupanya kisah nabi musa dalam surah Al A’raf ayat 107..maka kami belajar ayat baru..
Nak sambung tapi dah azan Asr maka berhenti solat..
Menarik juga..idea spontan yang Allah ilhamkan..