At-Tin

FLASHCARDS & BEDAH SURAH AT TIN

Hari ni majoriti post di fb berkisar anak ke sekolah.
Saya sejujurnya berasa sedikit kekok apabila tak menghantar anak ke sekolah seperti biasa. Dan sedikit berdebar kerana tanggungjawab mendidik anak sepenuhnya terletak dibahu ini.

Saya homeschool atas sebab tertentu dan ia bukan selamanya. Peluang Allah beri saya ingin guna sebaiknya. Doakan yang baik-baik ya.12418104_10153706599331690_1691705996269378350_n

Hari ni cerita sedikit perihal aktiviti dengan sikecil. Memanfaatkan kebolehan mindanya yang seperti ‘sponge’ menggunakan flashcard buatan sendiri.943821_10153706599401690_809414641670908950_n

Teknik ini pakarnya Pn Maznah Ibrahim, saya mengikut beliau dari jauh dan menggunakan sedikit asas teknik Glen Doman yang saya guna utk ajar anak no 1&2. Saya guna teknik ini untuk ajar mereka baca buku. Bezanya kali ini guna teknik ni untuk ajar baca Quran.12473764_10153706599506690_4443217318264561687_o

Untuk abang-abang pula:

Kami meneruskan homeschool bertemakan Quranic Homeschooling. Asas homeschool kami adalah Quran yang dikembangkan menjadi subjek:
-hafazan
-sains
-sejarah
-aqidah
-akhlak
-arabic

Hari ini kami bedah surah atTin. Bila mula dimulakan dengan mind map menunjukkan surah ini dikupas dalam 3 bahagian iaitu
1) tentang buah tin dan zaitun
-kaitkan pemakanan sunnah
-kebaikan buah tin & zaitun
-bicara tentang minyak dari buah zaitun1910062_10153706600501690_4388754782057009314_n

2) tentang manusia diciptakan sebaiknya
-kaji perlbagai sistem tubuh badan manusia
-kaitkan dengan si abang yang sedang sakit telinga6867_10153706601171690_5650924383034205697_n

3) manusia akan dikembalikan serendahnya kecuali yang beramal
-ceritakan tentang ‘dementia’ iaitu penyakit nyanyuk apabila tua
-pentingnya banyakkan amal sebelum tua10270652_10153706601141690_163309693166584666_n

“Wow bestla Quran..tak payah beli buku lain!!” Komen anak bila saya bercerita sambil rujuk tafseer depan mata.

Allahuakbar…Allahumma faqqih hu fiddin..

‪#‎auladhomeschool‬ 996781_10153706601311690_1353400644376632045_n 1509872_10153706601186690_41231352592115946_n