Free-Play

KELEBIHAN ‘FREE-PLAY’

Lama tidak menulis. Terkekang dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah homeschool flexible. Boleh diadjust mengikut keperluan. Asalkan objektif dicapai.

Minggu ini anak banyak dibiarkan ‘freeplay’. Tahu tak kalau bermain, sebenarnya banyak anak belajar.

-bahasa/pertuturan
– cognitif
– fizikal
-sosial : e.g teamwork, toleransi etc

Lebih baik jika dapat berikan barang ‘kasar’ utk mereka reka sendiri permainan. Macam zaman dulu-dulu, dengan selipar pun boleh jadi permainan balik selipar yang menyeronokkan. Biarkan minda mereka berimaginasi dan bereksplorasi.12565618_10153745910006690_6500278748838509813_n

Otak anak-anak ni sangat hebat. Ada sebelah kiri, kanan, atas dan bawah. Bagi si kecil saya, dia dah mula berdiri nak jalan..baru 9 bulan.huhu. Saya teruskan merangsang dia merangkak kerana merangkak merangsang ‘connection’ otak kanan dan kiri. Kalau anak yang dah jalan tu ajak la main kuda-kuda ke..utk dia merangkak bg menstimulasi otaknya.

Allahuakbar..lagi dikaji ilmu Allah, lagi banyak belajar.12540646_10153745909856690_8632563708006380651_n

Kelmarin anak-anak sibuk nak tahu tentang kereta. Beri peluang apa yang mereka ingin explore. Last sekali saya titipkan juga tazkirah bahawa ciptaan Allah adalah sebaiknya. Nak hidup dengan baik kena guna manual yang betul iaitu Quran..

‪#‎auladhomeschool‬ 12573760_10153745910176690_1565698547981396538_n