HATI VS JANTUNG
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. Ar-Ra’du:28
Objektif hari ini:
1) hati jika tidak diisi dengan mengingati Allah ia akan diisi denga perkara lain
2) dosa-dosa itu kotoran yang menghitamkan hati
3) nak sucikan semula hati itu sukar berbanding mengelakkan dari melakukan dosa
“Lihat air bersih bertukar apabila perwarna masuk”ummi mula bicara.
“Woww” kata anak-anak..
“Air bersih ni umpama hati bersih.serbuk perwarna umpama kotoran seperti dosa.Kalau kita banyak buat dosa hati jadi hitam. Cuba tambah warna merah kemudian biru..merah dosa tak solat..biru dosa tak ngaji..campur semua-semua jadi apa???”
“Hitam!!!” Mereka lihat sendiri pencampuranya..
“Ha..tengok ni..susah nak bersihkan semula tau..curah air..kita tengok berapa gelas baru air ni bersih semula…”
Perlahan-lahan tuang air..hingga cawan ke 8 baru air dalam jar sekecil itu bersih semula…
Banyaknya guna air baru bersih…..termenung berfikir anak 5 tahun..sang abang pula bertanya..”ummi apa beza jantung dan hati?”
Ummi pula termenung..
“Jom masuk kita tengok gambar pula agar lebih mudah nak faham….”