SURAH QAF AYAT 16
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,”
Bila baca ayat ni..soalan yg saya dah agak anak akan bertanya adalah..”urat leher tu apa ummi?”
Maka saya minta mereka rasa Nadi di leher mereka. Caranya guna jari terlunjuk dan jari hantu sentuh halkum dan ke kanan atau ke kiri hingga rasa nadi..
“Rasa tak nadi? Dekat kan dengan kita..Haaa ALLAH lagi dekat. Dalam ayat ni siap cakap Allah tahu lintasan hati kita..ALLAH lebih dekat dari bisikan hati kita..ALLAH tahu segalanya walau kita tak cakap kiat-kuat”
“Kenapa boleh rasa?” Anak bertanya..saya minta mereka rasa di pergelangan tangan juga..”sini pun rasakan..tapi tak kuat macam di leher.”
Saya minta mereka gilir-gilir dengar jantung masing-masing. Hampir-hampir rasa nak ajar konsep CPR..huhu
Saya tunjukkan youtube peredaran darah dari jantung ke leher..
“Wow..hebatnya badan kita..”
Maka bertalu soalan apa itu injap
Kenapa darah ke kepala..kalau kaki patah salur darah putus ke..
Hinggalah ke soalan..macam mana kanser boleh merebak..
Lukisan saya dari nak lukis jantung dan salur darah basic kena lukis hati..buah pinggang..paru-paru kerana soalan bertalu-talu perlu dijawab sesuai level mereka..
Anak-anak dah boleh nampak bagaimana idea dari satu ayat boleh dikembangkan dan dikaitkan dengan baanyak perkara lain…Allahuakbar..