Momen-momen penting bersama anak

Momen penting untuk titipkan pesanan buat anak

Kita sering mengabaikan momen-momen penting bersama anak. Waktu dimana jiwa anak-anak tebteram dengan kebersamaan ibu bapa dan adik beradik yang lain.
Momen dimana anak fokus dan pesanan yang diberikan terkesan dijiwa mereka.

Momen yang perlu dimanfaatkan:

1. Waktu makan bersama
Berbincanglah dan bertanyakan aktiviti anak serta beri nasihat. Jangan gunakan waktu ini untuk marah atau menegur dengan kasar. Jadikan ia momen bahagia.

2. Sebelum tidur
Kebolehan otak waktu ini gelombang alpha dan tetha sangat berkesan menyimpan pesanan di otak separa sedar dan dilaksanakan. Gelombang ini yang digunakan untuk teknik hypnoparenting untuk masukkan pesanan di minda anak. Berbisikla kepada anak apabila dia hampir tidur.

“Ahmad anak soleh,
Ahmad rajin baca Quran.
Ahmad suka pergi sekolah”

Ikut situasi.

20160212_012455
Dalam flight

3. Waktu antara maghrib dan isyak
Untuk bersolat,jika tidak ke masjid bertazkirahlah bersama. Waktu ini anak lihat praktikal solat, mengaji, berhalaqah bersama ibu bapa. Adab dalam jemaah etc.

20151127_114734-1

4. Momen kehadiran tetamu
Nasihat tidak langsung.Anak belajar bagaimana kita melayan tetamu dan berkomunikasi dengan hormat.

20160111_084325
Solat bersama,main bersama, belajar bersama semoga hati-hatimu diikat kasih sayang berkekalan hingga ke syurga..