Anak tekad tinggi dan high energy

Anak jenis tekad & experimenting

Saya selalu cerita macam anak-anak saya tiada isu perlu ditangani. Lumrah anak-anak pasti berbeza dan ada cabaran membesarkan mereka. Anak no3 sangat aktif dan mencabar untuk mengawal kelasakannya. Tapi masih belum dikategorikan hyperaktif atau ADHD. Anak jenis bertekad dan bertenaga tinggi sepertinya suka melakukan sesuatu dengan perbuatan hatta meluahkan perasaan terbuku dengan perbuatan. Mereka suka belajar melalui exsperimenting. Buat dulu baru belajar.

Contohnya lihat sahaja gambar ini:

20160309_183352

Baju sejuk terbakar. Bila ditanya jawapannya, “Musleh nak panaskan baju sejuk sebab sejuk sangat. Musleh letak kat heater nak tengok jadi panas tak. Musleh angkat dah terbakar..”

huhu, nak marah terus tak jadi sebab itu caranya belajar rupanya.

ini pula jadinya bila saya beri bekas telur untuk buat art, koyak semuanya.

20160317_154420-1

 

Jawapannya: ini garbage truck sedang angkat sampah. Bekas ni bukan kaca sebab boleh koyak.

Maknanya dia sedang menganalisa bahan yang dipegang.

Pernah dia membaling-baling cushion kerusi. Saya duduk bersila disebelahnya..pegang kedua tangannya dan saya tanya, “apa sebab musleh baling cushion?”

“Musleh nak susu..”

Saya tergelak kecil dari nak marah. Dia pun ketawa sama. Saya peluk dia. Saya beritahunya kalau nak susu beritahu ummi,kalau baling cushion tak elok sebab nanti bersepah rumah.

Hands-on memang aktiviti favourite
Hands-on memang aktiviti favourite

Itu sahaja sebenarnya. Anak-anak sebenarnya masih cuba mengenal dirinya dan persekitaran.

Anak begini ada caranya untuk kita kenal dan faham dan pastinya sabar itu perlu lebih 🙂

Nak belajar suka bergerak dan bermain (kinestetik)
Nak belajar suka bergerak dan bermain (kinestetik)

Tapi anak saya yang ini yang banyak bertanya.

“Ummi kenapa baby ada mulut?”

“Kenapa rambut hitam?”

“Kenapa hidung ada 2 lubang?”

Banyak persoalannya yang lucu dan menguji minda..hehe

Kesimpulannya:

1)setiap anak berbeza

2)sabar itu kunci utama (peringatan utk diri saya yang utama)

3) ada sebab kenapa anak bersikap begitu

4) anak akan banyak belajar dengan bermain