Tadarus Quran Anak

3.30am in the morning..Alhamdulillah hari ni ummi ada teman bertadarus walaupun hampir pukul 4am.

Alhamdulillah sudah 3 hari berturut-turut anak-anak nak mengaji bersama tanpa disuruh.

 

20160606_033245
1st ramadan

Asalnya umminya lagi risau kalau mereka mengantuk. Since anak-anak insist untuk bertadarus bersama..padang bola ummi tadahkan..:)

But tadarus ini ikut level perkembangan individu anak-anak. Surah dibaca tak sama tapi kebersamaan tetap dirasai.

Some points yang dirasakan penting:

1- Get the mood. Mula dengan surah mudah.Permulaan saya minta yang 6 tahun mula bacaan dari juzu’ amma..mula dengan surah annas. Abang Umar pula sambung bacaan tilawah fardhi (bacaan individu) nya sebelum ini iaitu juzu 15.

2. Hadkan satu muka maximum. Berhenti sebelum anak penat dan jemu. Ini konsep untuk kekalkan minat anak.

3. Baca seorang demi seorang. Yang lain dengar dan semak bacaan. Bila yang besar baca yang kecil diam dengar walau nampak macam buat semakan. (kerana bacaan masih belum lancar sempurna). Saya perasan anak 6tahun nampak seperti dihargai dan dihormati.

4. Ummi akan check bacaan abang umar dan abang umar check bacaan ummi.

5. Setelah selesai sesi, mereka insist nak ulang hafazan (walau hanya 2-3ayat) sementara ummi sambung tilawah sendiri.

6. Since semangat masih ada, ummi tak guna reward sticker or points lagi sementara ni.

 

3rd ramadan
3rd ramadan

Hikmah Allah beri apabila subuh di bumi Korea ini awal jam 3.18am. Waktu hening dimana bacaan menyerap ke jiwa dan baby still asleep when ummi can focus to the older ones.

Ummi pernah berfikir-fikir dulu bagaimana hafiz cilik musa dari Indonesia murajaah hafalannya jam 4am. Istimewanya manusia Allah ciptakan ada ‘biological clock’ dalam badan yang boleh dipatternkan.

Doakan semangat ni berterusan ye. Allahumar hamna bil Quran.