Isu pedofilia ni berterusan untuk satu jangka masa yang lama. Sebagai ibu ini satu fenomena menakutkan. Pelbagai perbincangan tentang masalah orentasi seksual, masalah psikologi pedofile, teori disebaliknya dan sebagainya.
Saya lebih senang untuk berkongsi bagaimana kita dapat sama membantu anti-pedofilia. Banyak tips sebelum ini adalah untuk ibu bapa tetapi tidak setiap saat kita ada dengan anak-anak.
Saya kira tiba masanya kita ’empower’ atau memberi kuasa kepada anak untuk turut sama mainkan peranan untuk menjadi berani dan tahu TUBUH MEREKA adalah HAK MEREKA (anak saya kata hak Allah…huhu betul juga tu).
Tadi saya berkongsi dengan anak-anak isu yang terjadi dan kami bercerita bersama menggunakan video di bawah sebagai medium memudah cara.
Apabila bercerita beberapa perkara perlu dilakukan:
1) ibu bapa perlu dapatkan maklumat yang tepat. Agar nanti tak tersalah penerangan.
2) Cerita dengan santai seperti mana kita cerita tentang isu lain. Bagaimana santainya kita explain apa itu ‘tangan’ pada anak, kita perlu santai sampaikan info tentang kemaluan dan sentuhan yang salah.
3) Memberi tahu anak nama sebenar bahagian anggota privasi mereka seperti vagina, scrotum, penis, testis adalah memberi anak hak untuk mereka kenal diri mereka. Jika anak tiba-tiba menggunakan term yang pelik seperti ‘biskut’ untuk menamakan alat sulit mereka..perlu selidik lanjut.
4) istilah sebenar alat sulit boleh dijelaskan seawal 3 tahun kerana waktu itu anak-anak banyak bertanya dan eksplorasi anggota badan mereka.
5) jangan marah-marah anak kerana nanti jika sesuatu berlaku mereka takut nak beri tahu sebab takut kena marah
6) jelaskan batas Aurat..boleh kaitkan dengan surat at taariq ayat 6-7..seperti post didikan seksual dalam Quran sebelum ini.
7) Jelaskan pada anak ibu & ayah sentiasa ada untuk mendengar ketakutan dan kesedihan mereka. Tiada istilah ‘rahsia’ antara anak dan orang dewasa lain.
8) It is OK untuk cerita pada ayah ibu
9) pengulangan didikan isu ini adalah perlu.
10) minta izin ibu bapa sebelum menerima hadiah atau pemberian orang lain.
11) Yakinkan anak, IT IS OK TO SAY “NO”.
12) Jika berlaku..larikan diri, jerit minta tolong selamatkan diri walaupun individu itu dikenali.
Kita berusaha, Allah yang menjaga setiap anak-anak kita. Doakan anak-anak selalu. Mohon dijauhkan dari perkara sebegini. Bersama mainkan peranan. Jangan hanya lepas tangan kepada pihak sekolah.
Video ini kredit kepada: mybodybelongtome.com