Projek Homeschool: Sushi Making

sushi

SUSHI

Cuti sekolah atau hujung minggu waktu terbaik untuk lebih aktiviti di dapur. Selain baking, idea menarik adalah menyediakan sushi untuk anak. Selain ianya menu sihat dan membekalkan iodin dari seaweed yang ada ia juga sedap dan mengenyangkan.

Antara manfaat:
-motor halus dalam menggulung sushi
-belajar mengikut arahan
-khasiat sushi: seaweed kaya mikro nutrisi iodin yang penting untuk kelenjar thyroid dan perkembangan otak. Iodin agak sukar didapati dalam makanan sebab itu ia dicampur bersama garam dapur untuk pastikan keperluan iodin tercapai.

Nasi:karbohidrat sumber tenaga

Telur: sumber protein untuk pembinaan otot dan pembesaran

Ikan: protein,omega 3

Crab stick: protein kerana dibuat dari ikan.

Menariknya apabila ia disediakan dengan kegembiraan bersama dan interaksi aktif berlaku.

Bahan-bahan:photo_2016-07-28_10-01-27

Crab stick 1 paket

telur 2 biji (dibuat scrambled eggs)

seaweed

nasi (lebih sedap jika berkanji)

cuka untuk diaul sedikit dengan nasi

*********

Langkah-langkah:

  1. bentangkan seaweed atas pinggan

 

photo_2016-07-28_10-01-38

2) letakkan nasi yang sudah digaul dengan cuka seperti di gambar. Rata dan leperkan agar mudah digulung.

photo_2016-07-28_10-01-47

3)Letakkan crab stick di tengah nasi tadi. Boleh juga diletakkan scrambled eggs di sebelah crab stick jika suka.

photo_2016-07-28_10-01-50

4) Gulung padatpadant. Mungkin perlu bantuan dari ibu. Kemudian potong. Beinilah rupa sushi yang sudah dipotong.

Selamat mencuba~