Homeschool Lesson: Belajar Anatomi Mudah,Murah & Menarik

Mengapa anatomi?

160910013132

Kerana indahnya ciptaan tubuh badan manusia yang diciptakan oleh Pencipta. Allah swt tidak dapat dilihat tetapi kekuasaanNya dapat dilihat dari ciptaanNya yang hebat termasuklah tubuh manusia yang mampu menimbulkan perasaan kagum akan kekuasaan Allah swt dalam diri hambaNya terutama anak-anak.

20160908_123630

Dalam silibus KSSR Malaysia untuk tahun 1 dan 2 juga ada diselitkan objektif untuk mengenal bahagian tubuh manusia. Apabila kita lebih kenal akan kelebihan tubuh badan, lebih kecenderungan untuk bersyukur.

20160908_123900

Setelah belajar pada bahagian tubuh sendiri, kami bermain ‘human puzzle’ (nama ni anak-anak yang beri. Bersama-sama cuba menyusun kedudukan organ dan mana yang bawah mana yang atas. Apa fungsi setiap organ yang mewakili sistem contohnya sistem pencernaan. Ini permulaan dengan memperkenalkan anak-anak kepada nama-nama dan fungsinya.

Setelah siap semua kami baca ayat-ayat Quran yang menyebut akan anggota-anggota badan yang bakal dipertanggungjawabkan.

To make it interesting we acted out as doctors. Kids amat teruja dan easily absorb the information.

 

#auladhomeschool

#interestinganatomy

2 thoughts on “Homeschool Lesson: Belajar Anatomi Mudah,Murah & Menarik

Comments are closed.