Indahnya homeschooling kerana pembelajaran tidak terbatas oleh ‘blok subjek’ tetapi berlaku berterusan. Mungkin di jadual kami tiada subjek ‘islamic studies’ tetapi ianya disampaikan secara tidak sedar melalui first hands experience.
Contohnya melalui outdoor, tazkirah zuhur dan maghrib, adab di meja makan, bedtime stories yang menyegarkan iman, bual bicara dalam kereta yang mendamaikan.
Tazkirah zuhur tadi kami mengupas surah Al Kaafirun dan apabila pertanyaan demi pertanyaan diajukan anak-anak, dimasukkan juga tafsir surah Al Ikhlas. Rentetan jaulah kami ke negara matahari terbit, singgah ke tempat peribadatan yang menjadi tempat tarikan pelancong, lantas membenarkan anak-anak melihat dan mentafir.Menganalisa sendiri yang mendorong kebolehan berfikir mereka.
“Kadang-kadang baca tersilap sebab surah al kaafirun ni ulang-ulang ayat dia..” anak 6 tahun bercerita.
” haa..kenapa Allah ulang-ulang ayat ni agak-agaknya?” semua angkat bahu, tak mahu menjawab.
“Contohkan..kalau umi ulang-ulang banyak kali…’ambil wudhu elok-elok’ mesti pesanan tu penting kan? Haa macam tu la ayat ni..diulang berkali-kali nak tunjuk pentingnya pesanan dalam ayat tu..” maka semua membaca semula tafsir ayat tersebut..
Never underestimate your child. Anak kecil sangat cerdik dan curiosity menolak mereka untuk bersungguh-sungguh hanya untuk dapatkan jawapannya. This is what we called ‘learning process’.
#auladhomeschool
#auladworldschooling