Al-‘Ala: ayat 4-5: Nature walk

Berjalan dan mentafsir. Allahuakbar, Alhamdulillah. Selayaknya segala-gala pujian hanya kepada Allah. Indahnya alam suatu nikmat yang sangat hebat.160927013458

Secara fitrahnya anak-anak memang suka bermain di luar. Ruang yang membenarkan bergerak bebas, cahaya matahari yang membantu penghasilan hormon serotonin yang menggembirakan dan menaikkan mood.

20160927_103402
Bahan di bawa: buku nota, bekas mengumpul ‘spesimen alam’, pengikat mata

Bauan segar dari tumbuhan, daun. Angin sepoi-sepoi bahasa, Perfect day untuk beraktiviti bersama anak. Berada di tempat yang sering anak-anak pergi cuma diberi ‘nafas baru’ dengan memberi mereka ‘peluang’ menghayati alam dengan deria yang ada dan cuba memberi mereka merasai bagaimana apabila satu deria ditarik balik dari pinjaman Allah swt?

20160927_105643
ikat mata sambil berjalan dan ditinggalkan di tempat berasingan. Kemudian perlu mendengar suara Uminya dan jalan menuju ke arah itu.

Amazingly anak-anak sangat suka dan tak henti-henti memberi komen, “it was fun mommy! We enjoy it! we like this activity! Can we do it again later?”

20160927_115259
Koleksi anak-anak yang mereka ingin simpan dan review balik apa berlaku kemudian.

Anak 4 tahun pula memberi komen, ” Mommy, I did not like it! It is scary because I couldn’t see..” Anak yang sememangnya sedang dalam fasa sensorimotor sangat memerlukan deria untuk mengumpul maklumat tentang sekelilingnya.

Masa inilah juga disuntikan rasa bersyukur atas kurniaan Allah akan penglihatan yang sering kita lupa akan kepentingannya.

Bagi kita suatu yang simple, bagi anak-anak, pelbagai reaksi, emosi dan pengalaman. Kami duduk bersama di atas pasir, meneliti tumbuhan-tumbuhan, memerhati akar tumbuhan yang berbeza, bentuk daun yang berbeza.

20160927_114421
pelbagai rupa bentuk daun, batu, perubahan daun segar hingga mati. Akar tunjang vs akar sserabut.

Secara tak langsung sudah cover sukatan pelajaran tahun 2 hingga tahun 5 malah lebih lagi yang dapat dipelajari selain sains. Kami bincang tentang geography, matematik dan bahasa. ” As hard as a rock!”, “counting rocks, tress etc. Belajar dipandu curiosity memang sangat berkesan, terkesan dan mudah!

20160927_120539

Semuanya dipayungi kefahaman mengagumi kehebatan Allah swt yang Maha Mencipta, dan menghayati ayat-ayat Al Quran yang terlalu indah dihidangkan berkaitan alam. Terlalu indah hingga menjadi analogi yang perlu diinsafi oleh setiap jiwa manusia.

20160927_114600
Mentadabbur ayat 4-5 dari surah Al-‘Ala dan beberapa ayat lagi berkaitan alam.

.

20160927_114414

#auladhomeschool
#tadabburalam
#AllahMahaBesar