FORMULA IBU KEKAL TENANG

Allahuakbar, hari ni dapat sesuatu yang baru. Sesuatu yang biasa tetapi kesan luar biasa. Saya je yang rugi tak amalkan selama ni. Pernah tahu tetapi tidak pernah put the knowledge into action.

.

Allahuakbar, baru cuba laksanakan ini dalam 3 minggu. MashaAllah kesannya memang boleh menenangkan jiwa. Bermula dari membuat post di FB tentang ajaibnya istighfar. Maka saya berpesan kepada diri saya sendiri, saya perlu lakukan apa yang saya share dan cakap..

.

Mula dengan beristighfar selepas solat. Ibu-ibu ada anak kecil ni kadang-kadang nak baca doa pun tak sempat kan. Terpaksalah berzikir sambil basuh pinggan, sapu sampah, susun mainan, masak, sidai kain. Usahakan juga istiqamah untuk istighfar dalam hati. Sedar tak sedar dah 1000x kita istighfar.

.

Yang penting istighfar di sini dihayati dan dibisikkan penghayatnnya dalam jiwa. “Ampunkan aku ya Allah….”

Kadang-kadang anak menangis terus terlupa nak teruskan istighfar kan.., saya rasa dengan adanya tasbih di tangan membantu. Memang masa basuh pinggan macam mana nak pegang tasbihkan? Pegang lah tasbih ni masa mengajar anak mengaji, semasa duduk berbual dengan anak…

.

Istighfarlah sambil bersabar dengar anak yang baru belajar baca, yang merangkak-rangkak bacaan Qurannya. InshaAllah istighfar ini membantu kita lebih tenang mengajar anak-anak syurga.

.

Benarlah kata ustazah Norhafizah Musa, kalau kita tidak tenang sebenarnya kita kurang pergantungan kepada Allah. Contohnya, bila anak hafal Quran tapi asyik lupa je, kita ajar anak ngaji tapi sampai sekarang macam takde kesannya, ajar anak baca buku pula langsung terbalik-balik bunyinya..

.

Lalu kita marah si kecil, sedangkan sebenarnya kita yang kurang istighfar. Kenapa perlu istighfar? Kerana kita rasa KITA YANG MENGAJAR anak itu. Sedangkan Allah yang mengajarnya…bukan kita.. Usah perasan kita bagus kita yang ajar dia..

.

Hakikatnya Allah yang mengajar setiap manusia. Kita hanya jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa perlu USAHA mendidiknya. Allah yang berkuasa memasukkan ilmu ke dalam hatinya, bukan kita.

.

“Ar Rahman…’Allamal Quran..”

Buka surah Ar Rahman, baca ayat 1 dan 2. Allah yang Maha Pengasih yang mengajarkan manusia Al Quran..Haa kan Allah dah beritahu Dia yang mengajarkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

.

Jadi mungkin kurangnya kita memohon ampun kepada Allah menjadikan anak kita sukar menguasai ilmu itu..

.

Jom muhasabah..beristighfarlah selalu wahai diri ini…