Perkembangan Anak 1-2tahun

Siapa ada anak usia 1tahun-2tahun?
.
Perasan tak pada usia ini nampak macam mula meragam..’tantrum’ kata orang putih.
.
Sebenarnya usia ni anak kecil kita bina banyak kemahiran.
.
1) Anak kita mula bina AUTONOMY. Iaitu ras a dia ada kuasa menentukan sesuatu. Sebagai contoh anak saya tentukan apa baju dia nak pakai dan baju umi dia pakai juga…huhu
.
2) Anak kita juga mula COPYCAT. Dia akan tiru apa kita buat. Kalau kita sapu dia pun nak menyapu, kita masak dia pun nak masak. Raikan sahaja. Beri sahaja alatan ‘real’ untuk dia guna.
.
3) Anak mula PRETEND PLAY. Ala mcm berlakon-berlakon gitu. Dia ambil teddy bear bawak jalan-jalan macam teddy tu babynya. Dia suap teddy makan.
.
4) Anak juga sebenarnya mula EXPERIMENT dengan kita. Contoh semalam anak saya tumpahkan air dari cawan ke lantai. Tumpah separuh dia tengok wajah saya. Tengok mak dia calm je..dia tuang semua..huhu.Dia experiment respond kita.
.
Anak belajar sebenarnya. Banyak perkara dia belajar. Raikan perkembangan ini dan konsisten pada respond yang diberikan.
.
Nanti kita sambung lagi. Sikit-sikit tapi hadam.🙂