Kekuatan Orang Korea

Sekejap saja rasa berada di Korea. Pejam celik, pejam celik dah nak balik dan akan kembali kepada rutin biasa kehidupan.

Pengalaman hidup di negara yang sangat berdisiplin tanpa mengabaikan nilai-nilai kekeluargaan dan akhlak insaniah satu pengalaman yang indah. Satu yang membuka mata bagaimana rakyat negara ini menjadi maju ketika negara ini hampir sama usia kemerdekaannya dengan Malaysia.

Antara kunci utama yang menjadi kekuatan mereka:

  1. Kejujuran: kadar jenayah sangat rendah di negara ini, peniaga pasar hanya meletakkan barangan mereka tanpa berkunci namun tiada kecurian.
  2. Ketekunan: Rakyat negara ini sangat tekun dan bersungguh-sungguh. Daya saing sangat tinggi dan paling penting daya saing yang sihat. Pelajar kita yang tinggal disini turut menjadikan budaya positif ini sebagai cara hidup mereka.
  3. Matlamat: mereka belajar dari pengalaman lampau, peperangan luar dan dalam negara menjadikan mereka sentiasa ingin maju ntuk menyaingi Jepun dan Korea utara terutamanya.
  4. Sopan dan menghormati orang lain: walau mereka telah maju, mereka tidak sombong. Malah akhlak insaniah mereka sangat bagus. Walau subway penuh dan padat, tempat ibu mengandung dan orang tua tetap kosong di khaskan untuk mereka yang selayaknya.
  5. Bertanggungjawab: ini dilatih dari sekecil-kecil perlakuan. Rakyat disini membersihkan botol-botol kosong mereka sebelum dibuang, sampah disusun rapi oleh setiap penghuni di tempat membuang sampah dan jarang berlaku masalah bergaduh sesama jiran kerana semua bertolak ansur.

Walau bagaimanapun tak disangkal ada juga aspek yang menjadi isu disini, antaranya adalah kadar sucidal dan kadar masalah mental yang mebimbangkan. Namun dapat dilihat sistem ‘backup’ untuk memperbaiki kelemahan aspek ini digiatkan dengan sangat berkesan..

Pengalaman yang membuka mata, untuk menjadikan sesebuah negara itu maju perlu bermula dari dalam diri setiap rakyatnya..Ya, dalam setiap diri kita…

#wu