MEMBACA BUKU KANAK-KANAK MUDAHKAN BELAJAR?

BAGAIMANA MEMBACAKAN BUKU KEPADA ANAK MEMUDAHKAN PROSES BELAJAR MEMBACA?

Apabila kita membaca, bukan hanya kenal perkataan dan baca.
Proses itu memerlukan anak kita tahu kenal perkataan, bunyi, coding untuk speech dan coding untuk makna. Maksudnya anak tahu intonasi, bila nak guna perkataan tu.

Apabila kita bacakan buku untuk anak, sebenarnya kita buat semua perkara ni secara tidak langsung. Malah ditambah bonding+ engagement ..best!

Hanya dengan membaca, BUKAN HANYA SATU BAHAGIAN dalam otak yang dirangsang malah tetapi banyak kawasan. Makin banyak neuron bersambung makin baik.

Oleh kerana itu, mahu memudahkan anak kecil belajar membaca apabila mereka sudah bersedia. Kita bacakanlah sebanyak mungkin buku untuknya, ini dipanggil persediaan ‘pra-membaca’.