TIPS KESIHATAN KANAK-KANAK: NORMAL KE WARNA NAJIS ANAK SAYA?

“Najis anak saya warna hijau lumut!”
“Dr najis baby saya yang baru lahir warna hitam..normal ke?”

Memandangkan minggu ni ada beberapa soalan ditanyakan kepada saya..
So jomm kita cerita sikit tentang najis bayi..

Huhu..orang tengah bercuti saya plak letak gambar najis… maaf ya ..geli tapi ada info disitu..

Alang-alang share di pm..baik share agar sama-sama tahu kan.

Ok. Tengok gambar lebih jelas. Credit to http://www.perinatalservicesbc.ca/.

Usia 1-2 hari pertama najis warna hijau pekat gelap dipanggil meconium.

Menjelang hari ke 3-4 najis berubah menjadi hijau (tidak gelap seperti meconium).

Hari 4-5 najis anak yang menyusu susu ibu mula berubah menjadi kuning. Boleh jadi sedikit berbiji atau lembik.

Jika anak menyusu badan juga biasa najisnya antara kuning dan hijau lumut. Jika anak hanya dapat susu awal sahaja (foremilk-kurang lemak), najisnya akan menjadi hijau begini. Tak apa. Ia normal.

Anak yang menyusu susu ibu dengan kenyang (maksudnya dapat susu awal dan akhir) foremilk dan hindmilk , najis selalunya berwarna kuning.

Selain itu..kalau hitam pekat atau berdarah sila dapatkan rawatan segera ya.

Jika najis PUCAT (rujuk gambar)…sila rujuk ke doktor kerana ia mungkin tanda sesuatu yang lebih serius seperti biliary atresia (masalah hati).

Jika tak pasti..jangan rasa takut untuk buat pemeriksaan terutama semasa checkup bulanan bayi di klinik ya 😉