Kenali 4 ‘learning styles’ anak!

Setiap anak kita adalah berbeza.

Salah kenal anak, mungkin boleh buat kita rasa anak nakal atau tidak berpotensi. Nauzubillah.

Apabila dah kenal, inshaAllah mudah nak berkomunikasi dan proses mendidik.

 

Ada 4 learning styles yang dikenal pasti kini iaitu Visual (penglihatan), Auditori (pendengaran), Kinestetik (sentuhan) dan Digital. Setiap kategori ini memiliki ciri tersendiri.

VISUAL

Lebih cenderung :

Menggunakan deria mata dan suka akan maklumat berupa gambar atau tulisan.

Mempelajari sesuatu dengan pantas.

Gemar mendapatkan gambaran keseluruhan yang jelas tentang sesuatu yang akan dilakukan atau dirancang.

Menghafal sesuatu dengan mudah apabila melihat atau dengan imej.

Meluahkan input dalam gambarajah.

 

AUDITORI

Utama deria telinga (mendengar) dan mudah terganggu jika ada pencemaran bunyi.

Mudah mengingat apa yang didengar.

Tidak gemar mencatat nota dan lebih mudah belajar dengan mendengar.

Banyak berkata-kata dan teliti dalam apa yang didengari.

Berkata-kata atau membuat bunyi seperti hmm..oh.. bila melakukan kerja sendiri.

 

KINESTETIK

Gemar melibatkan pergerakan atau kekuatan emosi seperti menghafal sesuatu lebih mudah jika melakukan pergerakan badan pada waktu yang sama atau dikaitkan dengan emosi gembira.

Lebih gemar melakukan sesuatu dengan sendiri untuk mempelajarinya berbanding hanya melihat atau mendengar.

Memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Kanak-kanak yang gemar bergerak-gerak apabila belajar kadang-kala adalah dari kategori kinestetik yang jika dihalang mengganggu penerimaan mereka.

 

DIGITAL

Lebih cenderung :

Memproses dan menganalisa maklumat secara teratur dan terperinci.

Memerlukan logik dan rasional.

Menganalisa sesuatu dengan berfikir dalam minda mereka.

• Sangat terperinci.

• Memerlukan waktu memproses maklumat baru dan keinginan yang tinggi untuk memahami sesuatu.

 

Sebagai ibu, kita perlu memerhatikan dan memahami ‘learning styles’ setiap dari anak kita. Pengalaman memahami anak-anak adalah sesuatu yang amat menarik dan menghiburkan. Apabila kita memahami, kita lebih mudah mendekati mereka. Sebagai contoh, anak ketiga sering mengetuk-ngetuk meja sewaktu dia menghafal. Jika kita tidak memahami bahawa anak ini memiliki karakter kinestetik iaitu lebih mudah untuknya menghafal dengan adanya pergerakan sebegitu, sudah pasti kita memarahinya dan memaksa dia untuk berhenti dan fokus. Sedangkan dengan mengetuk sebegitu lebih memudahkannya untuk menyerap apa yang dipelajari.

 

Baca juga: Bagaimana bantu anak ikut  ‘learning styles’ anak.