10 CARA BANTU ANAK SUKA PUKUL!  (USIA 18bln-24bln)

“ANAK SUKA PUKUL! APA SAYA NAK BUAT?”

Soalan macam ni banyak ditanya.
.
“Saya nampak dia pukul lepastu dia senyum..kadang-kadang tu dia geram je dia gigit kawan dia. ”
.
“Sedih bila cikgu di nurseri kata anak saya ganas! Kami tak pernah pun pukul-pukul kat rumah.”
.
Faham dulu kenapa..
.
Ada beberapa sebab sebenarnya anak kita begitu:

– nak explore sensation
-nak tengok cause and effect (kalau buat ni apa jadi)
-dia dapat ‘extra attention’ bila buat begitu
-ada limitation cth ramai belum faham apa yang dia cuba katakan..
– mencari solusi melepaskan emosi

.
Jadi, apa nak buat?
.
NI 10 LANGKAH BOLEH CUBA:

1. Kenal pasti tanda anak akan bertindak kasar
-cth bila nampak anak berlari nak capai sesuatu untuk memukul, segera pegang kedua tangannya kesisi tubuhnya.

2. Sambil tu cakap, “Kita main baik-baik.”

3. Jangan membebel!
-Cukup cakap ringkas dan tegas (bukan menengking atau naik suara tapi tegas) seperti di atas.

4. Step 1-3 ulang dengan konsisten. Kalau buat 1-2x sahaja, anak tak faham ia serius untuk tidak boleh dilakukan.

5. Beri alternatif, cth nya kalau anak geram nak menumbuk, beri dia cushion untuk lepaskan rasa.

6. Sentiasa berikan rasa selamat kepada anak. Cth Persekitaran luas untuk eksplorasi.

7. Banyakkan puji perbuatan baik nya.Cth, ibu suka tengok Nina main sama-sama.

8. Tanam rasa empati, cth bila nampak kawan sedih, galakkan anak peluk dan bantu rakan tu.

9. Guna perkataan yang gambarkan perasaan nya dan ‘validate’ emosi itu. Cth: “Ibu nampak Nina sedih. Nina nangis sebab Nina sedih.”
Anak belajar nangis itu normal bila sedih.

10. Bersabarlah, ini kunci utama. Setiap anak berbeza. Mungkin ia satu cara Allah swt nak latih kita bersabar dan menjadi matang!

#DrAna
Ibu tegar tapi jiwa besar 😎