.
“Ummi kenapa umi suka gelapkan lampu?”anak bertanya bila saya ‘dim’ kan lampu pada jam 8malam selepas solat isha’. Di sini isha’ sedikit awal.
.
“Sebab Allah jadikan malam untuk berehat dan tidur. Lagi-lagi untuk anak kecil..Apa ayat surah an Naba’, thariq..’Waja ‘alna naumakum ….haa sambung”
.
Maka anak pun membacanya yang bermaksud:
.
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? (An Naba’: 9-10)
.Hebatnya Allah swt bukan hanya kegelapan membuat penglihatan terbatas lalu mengantuk. Tetapi kegelapan itu membuatkan tubuh kita menghasilkan hormon MELATONIN yang buat rasa mengantuk.
.
1) Jadi, SETENGAH JAM atau SEJAM sebelum nak anak tidur, gelapkan lampu.
.
2) Hentikan SKRIN sejam sebelum tidur. keduanya ini merangsang badan menghasilkan MELATONIN untuk bantu anak mudah tidur. Setkan biological clock anak!
.
2)BILIK GELAP lebih lena. Pernah terfikir kenapa dalam flight penumpang guna penutup mata utk tidur? sebab mata yang tertutup masih boleh detect cahaya dan membuat melatonin terganggu maka tidak lena tidurnya..
.
3)MELATONIN mula terhasil jam 9malam. So target siap2 nak anak tidur jam 8malam. Tapi kalau kerja balik lewat?.
4) TETAPKAN waktu tidur hampir sama setiap hari. Jadi MELATONIN dihasilkan tidak kucar kacir.