MEMAHAMI FASA BERMAIN ANAK

Sedang bermain, dua kanak-kanak usia 2 dan 4.5 tahun bergaduh.
.
Terdengar jeritan, berlari kedua ibu cuba mententeramkan anak masing-masing.
.
“Maaf ya, anak saya ni memang macam ni.” keduanya saling meminta maaf.
.
Saya senyum kerana kedua anak itu tak salah. Dua-dua nak MAIN ikut FITRAH perkembangan mereka.
.
SEBENARNYA ADA PERKARA YANG IBU BAPA PERLU FAHAM:

Apa isu dalam situasi keduanya tadi?

1. Anak yang 4.5 tahun dah di fasa perkembangan mula mahu bermain bersama, interaktif dan berkongsi.

2. Sedangkan anak yang usia 2 tahun masih di fasa ‘solitary’ play atau ‘spectator play’. Bermaksud anak itu belum faham konsep berkongsi dan bermain bersama.

3. Jadi bila yang 4.5 tahun dengan baik hati datang membawa permainan dan menyntuh permainan anak 2 tahun, yang 2 tahun melenting!

4. Kerana masing-masing tak faham each other maka berlakulah adengan balas membalas pukulan…dan tangisan..

Itu saja, simple. Jadi kita jangan mudah melatah nak marah dan tuduh anak orang lain ganas ya..sama-sama kita fahami anak kita!

#DrAna
Jom faham dulu sebelum menghukum😍

P/s: silakan SHARE &Follow agar dapat sama-sama kongsi banyak lagi.