Bagaimana Belajar Dengan Cepat?

Salam Isnin,

Bila hari Isnin kadang-kadang akan rasa Monday Blues. Bagi yang berkerja rasa sedikit ‘berat’ memulakan kerja selepas tidak ke tempat kerja untuk 2 hari dan bagi yang tidak berkerja contohnya suri rumah pula merasa seperti ‘ditinggalkan’ utk rutin yang sama utk 5 hari akan datang.

Itu fitrah manusia kerana kita berubah tempat dan juga jadual walau hanya utk 2 hari. Rasanya jika kita berkerja sabtu dan ahad mungkin tiada ‘blues’ ini.

Jom kita motivasi diri kita…tukar persepsi, “Alhamdulillah Allah beri peluang rasai hari Isnin lagi, peluang untuk berbakti dan belajar lebih lagi di tempat kerja minggu ini insyaAllah!”

Ok jom ‘bina diri’! Tajuk hari ni, bagaimana belajar dengan pantas…

Pernah tak kita berada di situasi nak belajar banyak perkara satu masa, contohnya ” cuti seminggu ni aku nak belajar cara buat website, aku nak belajar speed reading, aku nak tulis buku, aku nak ulangkaji untuk peperiksaan profesional akan datang!”

Banyak sungguh “nak ini..nak itu”, dan nampak tiada fokus di situ. Ini sebenarnya hanya akan melambatkan kebolehan kita belajar sesuatu perkara.

Cuba bayangkan, baca satu muka kemudian buat kerja lain kadangkala terpaksa baca semula untuk ingat semula atau dapatkan momentum itu semula. We are delaying ourselves!

Untuk belajar cepat, perlu ada satu matlamat utama dan kita sungguh-sungguh dalam mencapainya. ‘Immerse’ yourself to achieve it!

focus

Dalam Islam terlebih dahulu tekan kan konsep ini. Samada kita sedar atau tidak.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ 

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah(Ali Imran 159)

Fokus, tumpukan sepenuh tenaga mencapai matlamat.Apabila pembelajaran kita terfokus dan tidak terlalu multitasking insyaAllah kita lebih mudah menguasainya dan proses belajar itu lebih pendek dari sepatutnya.

Biiznillah.