Tips bercerita dengan Anak
“Pilih cerita yang berakhir dengan peristiwa yang positif, perjuangan yang membawa kemenangan dan kesudahan yang menggembirakan. Dengan itu, jiwa kanak-kanak akan merasakan satu kepuasan, ketenangan dan terhibur apabila meninggalkan penceritaan anda.”
Bercerita sangat bagus untuk anak-anak. Lagi-lagi jika diceritakan oleh insan yang sangat dekat di jiwa mereka iaitu ibubapanya. Bercerita membentuk kemahiran mendengar, meningkatkan daya fokus, merangsang imaginasi dan kreativiti seterusnya menambah minat membaca. Bercerita penting walaupun anak masih tidak boleh bercakap lagi.
Anak-anak sememangnya aktif, daya tumpuan mudah terganggu dan sukar untuk mengawal pergerakan mereka. Maka perlu ada kreativiti dan kemahiran dalam menyampaikan cerita agar mereka terpegun dan tidak berganjak dari mendengarnya. Sedikit tips:
- bersedia: cuba bayangkan kita mereka-reka cerita tergagap-gagap, tumpuan anak akan terganggu
- gunakan bahan bantuan: lipatan kertas, shadow di dinding bilik yang disuluh torch light, suasana menarik seperti berkhemah dalam selimut diterangi torchlight
- intonasi dan memek muka
- sebutan jelas & terang
- penceritaan tidak terlalu cepat atau terlalu lambat
- make eye contact dengan anak masa bercerita
- persekitaran selesa, tidak panas, tidak banyak nyamuk contohnya
- sampaikan dengan penuh minat
- pilih cerita sesuai umur dan latarbelakang anak
- tema/plot cerita lebih berkesan jika berkaitan minat dan pengalaman mereka
Aktiviti bercerita:
- Guna buku cerita
- Bercerita dengan alat
- tanpa alat (anda dan cerita sahaja, tanpa buku)
- teater persembahan
Berceritalah, dimana jua dan pada bila-bila masa dengan anak-anak kecil!