Tips Bercerita Sambil Membaca

Salam Hari Malaysia!

“Bangsa membaca bangsa berjaya.”

Masih berkisar membaca pada hari Malaysia. Satu cara untuk variasikan sesi membaca dengan ‘bercerita sambil membaca’.

Anak-anak mengambil ‘turn’ bercerita menggunakan buku kegemaran mereka. Secara tak langsung mereka perlu membacakan buku itu. Sesi ini boleh dimanfaatkan oleh yang lebih kecil dan masih belum boleh membaca.

Fitrah anak lelaki pula suka ‘competition’. Mereka akan cuba mencabar diri untuk jadi sama hebat. Apabila abang mulakan sesi, adik pun tak sabar untuk berada di depan bercerita.

Thariq sampaikan cerita dengan gaya sendiri
Thariq sampaikan cerita dengan gaya sendiri

Beri peluang yang paling kecil memilih buku, dan yang advance reader turunkan level untuk bercerita dengan santai.

Apabila buku yang dipilih adalah kegemaran yang kecil, maka dia akan lebih beri perhatian dan tunjukkan minat mendengar. Pilih buku yang besar agar mudah dilihat dan menarik perhatian.

Manfaat dari aktiviti ini:

-pupuk minat membaca

-berani kehadapan

-rapatkan hubungan

-mengasah kreativiti untuk bercerita agar mendapat tumpuan

-melatih kebolehan mendengar, fokus

-menambah vocabulary bagi yg kecil

-latih kepimpinan bagi si abang

-ibu boleh buat kerja lain sebentar

NB: hari ni jerebu, lebih baik indoor. Jom bersama anak-anak!

photo_2015-09-16_07-34-11