Salam Khamis
“Anak saya penakut”
“Anak saya sekarang bukan kategori lasak lagi..tapi ganas!”
Anak kecil prasekolah fitrahnya mengikut apa yang dihidang di sekelilingnya. Usia 6 tahun kebawah mereka masih sukar membezakan fantasi dan realiti. Sebahagiannya adalah kerana kurang pengalaman.
Jika mereka sering di sogokkan dengan rancangan TV yang menakutkan atau ganas atau juga yang tidak menurut ciri islam seperti lelaki perlu bermesra dengan wanita (jalan cerita zaman ini) akan membentuk ‘kepercayaan’ anak.
Kerana banyak kajian menerangkan pada usia 6 tahun ke bawah mereka tidak boleh membezakan realiti dan fantasi. Apa yang dilihat dirasakan realiti yang perlu mereka ikut. Contohnya mereka merasakan hantu dalam cerita benar-benar wujud, perlu tendang dan pukul orang lain bila diganggu dan sebagainya.
Menurut artikel bertajuk ‘Media use by children younger than 2 years’ yang dimuatkan dalam jurnal ‘American Academy of Pediatric’ pendedahan TV tidak dibolehkan kepada anak berusia 2thn dan ke bawah. Anak selepas usia itu ada had yg perlu ditetapkan seperti ringlasan di bawah ini.Ini berdasarkan perkembangan otak, daya fokus, kebolehan penglihatan dan sebagainya.
Hasil kajian dalam penulisan Christakis, 2004 dalam artikel berjudul ‘Viewing television before age 3’ beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang menonton televisyen secara purata selama dua jam sehari akan kehilangan daya tumpuan sebanyak 20% dan sekiranya tiga jam akan kehilangan sebanyak 30% dan seterusnya berbanding kanak-kanak yang tidak menonton televisyen.
Maka jika tidak mahu anak menjadi penakut atau ganas…pelihara persekitaran mereka dari anasir ini. Tunjukkan contoh kasih sayang dan lemah lembut dan tegas yang bertempat.
Bukan menakutkan anak dengan alasan untuk mendisiplinkannya. Contoh di klinik pediatrik anak meraung tidak mahu masuk bilik doktor. Setelah berjaya dipujuk dan diperiksa…anak tidak mahu keluar lalu si ibu berkata, “Haa, doktor ..nurse cucuk dia..cucuk dia..dia tak nak keluar”… Dimanakah silapnya?
Renungkan…