Apabila sibuk, kadangkala tak dapat tumpu pada anak. Apatah lagi nak beri perhatian setiap anak, kalau 4-5 anak mungkin boleh lagi..7-8 anak, mcm sukar tapi ada tekniknya sebenarnya. Kita bicara lain kali.
Hari ni nak sembang pasal highlight kebaikan anak. Perasan tak, kita kalau penat, cakap dgn anak bila ada benda nak ditegur. Contoh anak hilangkan uniform sekolah sebab tadi pakai baju sukan. Setelah berjela bebelan kita, kita sambung pula cerita pada suami/isteri. Bukan apa, kita cerita sebab kesal. Tapi bagi anak, ia satu yang sangat mengecewakan.
Kalau anak buat baik walau kecil, contohnya dia buka kasut sekolah dan susun baik-baik,dia masukkan baju kotor di bakul kotor, dia masuk rumah beri salam dan salam ibu ayahnya…adakah kita beri kata-kata pujian atau galakkan padanya? Adakah kita cerita pada pasangan kita?
Lihat..bila ini berlaku, pada ingatan anak dia tidak baik, dia tidak boleh diharap, dia tak bertanggungjawab. Ini akan jadi suara hatinya dan membentuk peribadi dan keyakinan dirinya.
Berhati-hati lah bercakap dengan anak kerana kata-kata ibu atau ayahnya lebih tajam dari pedang buat jiwa anak…