Ceramah Kerjaya & Perihal Wanita Bersama Murid Sekolah Rendah

School visit adalah salah satu agenda Aulad Read & Play!

IMG-20150919-WA0002Cerita semalam. Memenuhi jemputan berkongsi tentang kerjaya sebagai doktor dan perihal wanita di sekolah lama saya, sek kebangsaan tmn koperasi polis fasa2.

IMG-20150919-WA0005
Turut hadir kawan lama sama batch 1993-1995/SKTKP dahulu. Beliau berkongsi kerjaya jurutera.

Suatu yang menarik. Pengalaman baru kerana sebelum ini saya lebih bersama sekolah menengah dan pelajar kolej/universiti. Suatu yang agak mencabar kerana daya tumpuan anak2 sekolah rendah berbeza.

Datang menyandang topi NAZIM dan IMEDIK serta memperkenalkan Aulad Read & Play pada semua.

IMG-20150919-WA0008

IMG-20150919-WA0009

Selepas rehat, berkongsi dari hati ke hati berkaitan isu perempuan dan memelihara diri adalah tanggungjawab diri sendiri. Adik-adik sangat bersemangat dan proaktif. Sangat banyak persoalan diketengahkan. Semoga mereka lebih menghargai dan memelihara diri sebagai seorang perempuan.

IMG-20150919-WA0007
Bersama guru-guru SKTKP. Semoga terus gigih mendidik anak bangsa!