School visit adalah salah satu agenda Aulad Read & Play!
Cerita semalam. Memenuhi jemputan berkongsi tentang kerjaya sebagai doktor dan perihal wanita di sekolah lama saya, sek kebangsaan tmn koperasi polis fasa2.

Suatu yang menarik. Pengalaman baru kerana sebelum ini saya lebih bersama sekolah menengah dan pelajar kolej/universiti. Suatu yang agak mencabar kerana daya tumpuan anak2 sekolah rendah berbeza.
Datang menyandang topi NAZIM dan IMEDIK serta memperkenalkan Aulad Read & Play pada semua.
Selepas rehat, berkongsi dari hati ke hati berkaitan isu perempuan dan memelihara diri adalah tanggungjawab diri sendiri. Adik-adik sangat bersemangat dan proaktif. Sangat banyak persoalan diketengahkan. Semoga mereka lebih menghargai dan memelihara diri sebagai seorang perempuan.
