Apabila anak berkata..”Mommy can you say…please?”

Sedar atau tidak apabila memberi sesuatu arahan kepada anak saya sering menggunakan ayat suruhan semata tanpa ada adab untuk memohon pertolongan. Kadangkala apabila emosi pula telah di muncung gunung berapi..suara tinggi belaka.

Sebagai contoh saya menyuruh anak mengemas permainan.

20151105_110615

“Thariq, Musleh..kemas cepat. Sepah sangat ni..nak jalan pun susah..”

Mereka tidak berganjak.Yang 3 tahun asyik dengan mainan, memang jarang utk mengemas jika tiada contoh dr abangnya.

“Mommy, do you know why i dont want to listen?”

“Yes, I love to know why?”

“Because you never say please…”

Terdiam..tergamam..muhasabah buat diri.

Selepas itu mereka memang akan kemas apabila saya meminta dengan baik dan menyebut please…

 

20151029_173507

Pengajaran untuk kita sebagai ibubapa.l,apabila anak tidak mendengar kata, periksalah kembali diri.Adakah cara kita betul atau kita tidak menjadi contoh yang baik.

Anak-anak sangat peka dan teliti sebenarnya.Apa yang mereka belajar sesuatu yang betul mereka akan jadi inspektor adakah semua org laksanakannya..