QURANIC HOMESCHOOLING

just wanna show how interesting the blog is..go to the link for more
just wanna show how interesting the blog is..go to the link for more

Kami mula aktif dengan aktiviti homeschooling. Tema utama kami ialah “Quranic Homeschooling”. Doakan ye.  Terinspirasi dengan Pn Siti Aminah dari ‘Anakku Al Hafiz’, saya berusaha untuk memastikan Al Quran dibaca dan dihafaz setiap hari dan selangkah lagi iaitu memahaminya.

Seperti yang dikongsi oleh Pn Nazrah ibu PROFAZZ (5 anak nya yang profesional & hufazz), ibubapa saja yang sebenarnya sering rasa kasihan anak menghafal je hari-hari. Hakikatnya sangat indah perasaan apabila bersama Quran dan pastinya kehebatan Al Quran mampu membentuk sang anak dengan izin Allah.

Nampak macam tiada life. Sebenarnyarnya terpulang bagaimana ia dikendalikan. Jika dengan kasih sayang & fun & penuh sentuhan emosi, In Sha Allah mungkin itu sesi paling bermakna buat anak-anak. Peringatan buat diri saya juga.

Masya Allah saya jumpa satu link yang sangat menarik untuk anak-anak. Anak boleh baca sendiri sebab ia menarik atau ummi nya baca dan boleh terang kan dengan mudah berpandukan cerita di link READ WITH MEANING .

Semoga mereka yang membuat projek tafseer begini diganjariNya. Highly recommended!!