Semak kenapa hafazan anak perlahan

Subhanallah..saya sangat bercita-cita mahu anak menjadi hafiz atau hafizah. Saya sedar ianya satu cita-cita yang besar.

20151023_195155

Sering nasihat yang diberikan oleh mereka yang telah berjaya adalah..”its not an easy task, but it is possible”, “perlukan kesabaran”, “kuatkan semangat”.

Ini satu perkongsian dari seorg bapa jurutera hebat yg 3 anaknya adalah hafiz &hafizah.Saya kongsikan:

Saya ni biasa aje..banyak lagi yang lebih berjaya. Pada saya kalau nak anak berjaya, husband and wife kena ada the same frequency. The father must take the lead. He needs to change then only the wife will follow. A mother has a very strong influence on the kids..a good solehah mother will produce solehah kids insyaallah…

Pernah tak anda berada di situasi saya dimana anak agak sukar nak menghafal atau apa yang dihafal semalam sukar diulang atau surah jafazan sebelum ini hilang sama sekali. Sedih terkilan penat…perasaan yang berbaur.

20151028_101855-1

Sebenarnya inilah cabaran. Saya duduk memikirkan di mana silap kami. Cara apakah yang sesuai dan bagaimana nak baiki?

Beberapa yang saya rasa masalah adalah:

  1. Niat. Apakah niat sebenar saya mahu anak menghafal?
  2. Adakah saya garang maka anak tidak enjoy?
  3. Adakah saya tunjuk contoh yang baik? Adakah saya menghafal didepan mereka? Ini perlu utk beri semangat.
  4. Adakah saya cukup mengulang hafalan bersama mereka
  5. Aadakah saya perdengarkan mereka AlQuran atau lagu lain?
  6. Adakah saya mengulang-ulang ayat yang anak sukar menghafalnya?
  7. Adakah suasana rumah saya memotivasi anak-anak utk menghafal
  8. Adakah saya ‘set’ kan waktu rutin untuk mereka menghafal
  9. Adakah waktu menghafal kami ketika segar atau sudah letih?
  10. Adakah saya penuhi keperluan mereka dahulu dan mereka mendpt cukup tidur dan rehat?

Allah banyak perlu saya baiki…doakan ye..