Anak suka mengganggu adik beradik

Pernahkah anak anda bersikap demikian. Anak saya pernah. Anak yang ketiga. Allahuakbar ..memang  boleh hilang sabar.

Kadang terdetik “kenapalah begini perangainya..

Ikut umi oncall for the fi
Ikut umi oncall for the first time

Saya amati setiap perilakunya. Apa situasi yang mencetus dia bertindak demikian. Maka saya dapat jawapannya. Antara situasi:

  1. Dalam kereta, si abang jenis yg sering menyatakan pendapatnya dengan penjelasan membuatkan org minat memdengarnya. Dia melihat keadaan begitu dia mencelah, dengan point yang sama tapi penjelasan tersekat-sekat buat pendengar hilang tumpuan. Sememangnya milestone anak 3 tahun belum boleh bercerita intelligently.Maka dia bukan center of attention.
  2. Di rumah, kami evaluate bersama progress hafazan. Quran map kami berbentuk keretapi,setiap gerabak mewakili satu surah.makakeretapi abg-abg jauh lebih panjang sedangkan dia ada 3 gerabak sahaja.Terus diambil buku si abang beelari seluruh rumah.

Sebenarnya, mereka bertindak balas kepada situasi. Adalah tidak patut mereka dihukum. Ia tidak selesaikan masalah. Masalah adalah mereka mencari perhatian. Perhatian penting untuk pembentukan dan perkembangan kanak-kanak.

Nak betulkan behaviour anak itu..betulkan situasi sekelilingnya.