Homeschool kami flexible. Blend semua sekali. Hatta memasak pun kami buat sama-sama. Banyak sebenarnya kelebihan. Anak suka aktiviti di dapur sebab suatu yg lain dan bagi mereka satu kepercayaan diberikan untuk buat kerja org dewasa.
Tips enjoy memasak bersama:
- Pilih waktu sesuai, cth tak rushing
- Menu yang mudah.
- Beri anak bantu kerja simple seperti sediakan bahan menumis.
- Beri arahan dengan jelas. Lebih baik jika ditunjukkan contoh terlebih dahulum
- Beri anak buat sendiri,jika perlu tegur..dengan baik.
- Kaitkan dengan pengetahuan lain. Contoh bawang mengeluarkan aroma atau cecaur yang boleh memedihkan mata.
- Sains sesuai diajar di dapur. Beri rasa sedikit garam. Ceritakan proses pendidihan, suhu didih, perlarutan etc.
- Ajarkan survival skills cth kenalkan alatan dapur, kemahiran masak yang mudab.
- Stimulasi semua deria contoh mata melihat bahan masakan yg jarang dilihat.Hidung menghidu aroma.Motor halus mengupas bawang. Motor kasar menumbuk lesung batu. Pertuturan:memahami arahan dan bertutr dalam proses melakukannya. Sentuh: rasa panas,sejuk,kasar,halus.
- Ajarkan selawat dan doa sambil.memasak serta kebersihan menyediakan makanan.
- Beri kata pujian dan semangat. Latih kerjasama.
Saya dapat lihat perbezaan apabila memasak sambil ‘enjoying’ the activities berbanding masak sambil.marah-marah kerana menghalang anak untuk mencuba.