Allahukabar..anak no 2 dan 3 sungguh berbeza dengan anak sulung. Mungkin kerana beza umur mereka yg hampir dan keduanya lelaki, tahap bermain mereka sgt tinggi.
Saya tidak mahu permainan yang mengembangkan kebolehan dan imaginasi mereka terganggu dan pada masa yang sama saya mahu mereka tetap ‘biasa’ dengan huruf-huruf Quran.
Maka wujudla idea bermain sambil belajar.
Setiap kali anak nak susu atau makanan saya minta mereka memberi ‘password’ yang ditampal. Password ini berubah setiap hari. Hanya 3 huruf kerana saya tak mahu mereka memilih untuk tidak minum kerana tidak mahu membaca huruf-huruf ini.
Setiap kali nak susu dia akan duduk di depan huruf membaca tanpa disuruh. Menjelang petang dah ingat huruf-huruf ini.Alhamdulillah.
Jika mahu menonton TV,password nya lebih panjang dan kedua-dua perlu baca dengan lancar. Maka si abang berusaha mengajar adik agar dapat tonton TV. Setelah tamat cerita yg ditonton TV ditutup dan selepas melaksanakan aktiviti lain password di perlukan semula jika TV mahu dibuka semula.
Serampang dua mata. Anak kenal huruf dan TV dikawal. Lama kelamaan tak minat TV lagi.
Selain itu kami main ‘teng-teng’. Bawah 4tahun anak tak boleh berdiri atas satu kaki. Itu memang perkembangan motor kasar mereka. Maka yang 3 tahun lompat dua kaki untuk mencapai huruf yang diminta.
Jangan halang anak-anak bermain kerana mereka belajar dari bermain!
Salam.