WHY DOES YOUR MOTHER ALWAYS HUG YOU?
==================================
Semalam saya ke madrasah anak-anak. Ini kali ketiga saya bertemu anak bersama 2 sahabat baiknya. Setiap kali bertemu anak saya akan memeluknya. Semoga aliran kasih sayang, doa dan restu mengiringi anak, dan juga pelukan mampu menghasilkan hormon gembira bernama oxytocin mampu melonjakkan potensi anak-anak kerana merasa selamat, disayangi dan tenteram jiwanya.
Best friend anak bertanya: “why does your mother always hug you?”
“Because she is my mom and i am her son” jawab anak saya usia 6thn sambil tangannya masih merangkul badan saya.
Saya pandang anak yang bertanya, fikiran saya ligat berfikir, hingga saya tak sempat bertanya lebih lanjut. Beliau berasal dari negara arab. Semoga dia sentiasa dipeluk ibu dan bapa kerana ia satu keperluan yang SANGAT-SANGAT diperlukan oleh jiwa dan pertumbuhan anak-anak.
Video ini membantu menjelaskan pentingnya KASIH SAYANG, PELUKAN untuk anak kecil.
Saya tersentuh melihat TRAUMA yang dialami anak monyet ini yang ketandusan kasih sayang hingga wujud ikatan dengan tuala alas nya..bila diambil sangat trauma si anak monyet.
Eksperimen ini menunjukkan pentingnya ‘contact comfort’ untuk pembesaran anak. Untuk manusia dipanggil BONDING.
Waktu kritikal membina BONDING adalah pada sia 0-2tahun anak. Menarikkan??
Islam dah lama tekankan perkara ni dalam ayat tentang penyusuan bayi. Galakkan menyusu anak untuk 2tahun dan boleh cari ibu susuan jika perlu kerana anak bukan hanya mendapat nutrisi tapi lebih lagi iaitu kasih sayang, pelukan, keseimbangan suhu badan dan banyak lagi…
Dari surahAl Baqarah ayat 233:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”
JOM PELUK ANAK-ANAK!!
#auladhomeschool
#DoktorBukanTuhan
Pre-Ordee: buku DoktorBukanTuhan & Children Islamic Book di
www.aulareadplay.