Mengaitkan perbualan seharian dengan AL Quran

berbual

Berbual dengan anak adalah satu cara merapatkan hubungan dan meningkatkan kebolehan kognitif kanak-kanak. Satu cara yang mudah hanya memerlukan modal masa dan kasih sayang. Tahap berfikir kanak-kanak bermula pada tahap asas yang dipanggil ‘lower order thinking skills”. Kebolehan ini diperlukan untuk kanak-kanak melonjak ke tahap “higher order thinkig skills” iaitu kebolehan untuk menganalisa, mengaplikasi pengetahuan, dan evaluasi sesuatu.

Melalui perbualan juga nilai-nilai Islami dan yang bermoral boleh diselitkan. Dari satu perkara yang dibincangkan akan menimbulkan ‘curiosity’ dan mewujudkan lebih banyak persoalan di minda anak-anak. Paling indah adalah ia waktu yang disukai anak dan akan diingatinya.

“Look!!Look!! lots of cows..they grazing the grass!” thariq bertanya.

“What do we call cow in arabic?” saya mula memulakan perbincangan.

“Baqarah!!”

“Betul! Pandai Umar. Macam surah al Baqarah kan. Ada surah lembu…”

“Kenapa cerita tentang lembu ada dalam Quran?”tanya Musleh.

“Haaa..itulah, menarik tau Quran..macam-macam ada…ada satu kisah ni, ada satu kaum ni nama dia bani israel, Allah perintahkan mereka menyembelih lembu..lepastu mereka berkali-kali bertanya.

Apa warna nya?

Besar ke kecik?

..Allah dah berikan jawapan mereka tetap bertanya. Sebenarnya mereka keberatan nak buat perintah Allah. ”

“Isk..isk..thats not good. Patutnya Allah dah jawab buat je kan, Ummi?Tapi kenapa Allah suruh sembelih lembu?” neuron-neuron bersambung lagi.c3

“Wah, bagus soalan Thariq..itulah, dulu kaum ni sembah lembu. Hikmah daripada Allah suruh sembelih lembu agar mereka tidak menyembahnya lagi.”

Perbualan berterusan. Ummi melayan je membantu anak beralih daripada ‘lower order thinking skills’ kepada ‘higher order thinking skills.’ Menggalakkan anak untuk menjadi orang yang berfikir, Ulul Albab…InshaAllah..

1024x692xphoto2-flickr-Squiggle.jpg.pagespeed.ic.WQ6L3pqjxL

Sebenarnya dalam al-Quran ada sangat banyak peristiwa yang menarik. Peristiwa yang diceritakan ni semua untuk kita faham dan ambil ibrah darinya. Malah cerita-cerita begini merupakan modal terbaik untuk bercerita kepada anak-anak. Bukan sahaja dapat mencambahkan minat anak kepada AlQuran malah anak boleh belajar tentang kehidupan dan mempersiapkan mereka menghadapi kehidupan di dunia berasaskan ‘mental model’ yang mereka peroleh dari kisah-kisah yang didengari.

Sama ada dengan membacakan kepada mereka kisah alQuran atau bercerita dengan gaya tersendiri, keduanya amat bermakna buat anak. Mungkin menjadi momen indah bersama yang kekal hingga dewasa.