ISRA’ MI’RAJ BUKAN ‘FAIRY TALES’
==============================
Dah cerita tentang isra’ mi’raj pada anak-anak?
Kami dah cerita semalam. Mula dengan cerita-cerita santai.. lepas tu tunjuk infografik digambar beri mereka faham.
Malam pula cerita lagi as bedtime storytelling session.
“Wow..50 prayers??!!” Thariq dgn nada kagum berselubung dalam selimut.
“Haaa…now only 5 prayers. So we must perform all 5 prayers a day..ok?”
“Mommy, how buraq looks like?”
saya dah agak soalan ni akan ditanya.
“Buraq ada yg diceritakan sebagai makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari keldai dan kecil sedikit dari baghal (haiwan kacukan keldai dan kuda). Terbang laju..
“Wow, must be faster than lamborghini…” tergelak-gelak.
Anak lelaki tetap dengan dunia kereta..
“Mommy, is jannah on the sky and hellfire down under the earth?”
Ni kes terbayang larva dan magma di perut bumi la ni..
“Tak, kita tak tahu exactly di mana. Tapi…Allah beri gambaran dari Quran betapa teruknya seksa di neraka dan betapa bestnya syurga.Sama-sama kita doa agar kita semua dapat berkumpul di syurga..”
Thariq nak jumpa ummi dalam syurga.
“Allahumagfirlana..zunubana..waliwalidaiyya warham huma kama rabbayani saghira..” tiba-tiba musleh baca doa ibu bapa. “Aminn…doakan umi dan ayah selalu ye!”
Walaupun anak-anak tak faham konsep sebenar. Cerita sahaja kepada mereka. Sebab cara minda berfungsi:
Gather input-retain-recall.
Beri sahaja maklumat, inshaAllah nanti anak-anak akan recall input yg diberi kaitkan dengan input yang baru.
Anak usia 3-5tahun baru mula membezakan fantasi dan realiti. Semasa sesi Thariq dan Umar lebih bertanya bagaimana & kenapa untuk cuba memahami..musleh terima sahaja..
Yang penting tekankan Isra’ Mi’raj bukan fantasi tapi realiti tentang kekuasaan Allah dan ada perkara yang tak tercapai oleh akal fikiran yang terbatas ini.
Anak tak faham keterbatasan minda…
Saya beri contoh kalau ditanya kenapa tak boleh pegang babi? Sebab ada kuman jawab anak-anak. Tapi kalau saintist dah jumpa ubat bunuh kumah tu..boleh pegang ke?
Termenung lagi…”tetap tak boleh because Allah said so…” Asasnya sebab sesuatu itu arahan Allah dan kekuasaan Allah yang mampu lakukan apa sahaja.