Tips Road trip dengan Anak

 

Apabila kita laksanakan Worldscooling, pasti akan ada roadtrip. Alhamdulillah Allah beri kami peluang untuk ber roadtrip, flight trip dan juga subway-trip. MasyaAllah, perlbagai pengalaman yang pastinya memang penat tetapi inshaAllah puas hati.

Tips disini adalah untuk beraktiviti bersama anak dan tidak membiarkan anak bergajet atau menonton ‘TV’ di dalam kereta. Sayang sangat apabila dalam perjalanan jauh anak masih tetap bertemankan TV. Sangat rugi kerana peluang untuk belajar sesuatu yang baru sangat-sangat banyak sepanjang perjalanan dan ia telah dipersiakan.

Makanya:

  1. Perancangan

Sebelum memulakan perjalanan, cari maklumat tempat yang hendak dituju. Laluan apa yang akan digunakan dan kemudahan R&R, tempat solat, playground dan sebagainya sepanjang perjalanan. Siapkan keperluan asas di dalam kereta seperti minuman,makanan agar anak tenteram.

 

2. Mulakan perjalanan pada waktu tidur anak

Bagi perjalananyang 4jam ke atas, anak tidur dalam 2 jam dan 2jam lagi boleh beraktiviti.

3. Bersembang

Nampak simple, tapi sangat bermanfaat. Antara waktu terbaik untuk measihati anak adalah semasa dalam kenderaan. Sebab anak tidak akan kemana-mana, hanya mendengar. Kami sering bercerita. Saya mulakan cerita, anak akan menyambung atau bertanya soalan atau menokok tambah cerita versi mereka. Saya suka bila ini berlaku. Anak-anak mengembangkan imaginasi mereka.

 

4. Berteka-teki

Ini menggalakkan anak-anak berfikir. Anak-anak saya sangat-sangat gemar riddles. Sekarang mereka mencipta riddles sendiri yang buat kami semua ketawa dan terasa kemesraan disitu. websites sumber riddles yang kami gunakan:

 

5. Kuiz

Kami memilih untuk kuiz pengetahuan dari Al Quran. Yang seronoknya apabila berkuiz begini anak akan bertanaya kenapa jawapan begitu. Contohnya: Nabi apa yang dimakan Ikan Nun? Jawapan: Nabi Yunus. Anakanak akan minta saya bercerita tentang kisah Nabi Yunus. So it is double sword effects. Pembelajaran aktif berlaku.

 

6. Lihat alam dan sekitar

Saya akan bertanya kepada anak-anak berkaitan benda dilihat. Contoh:

“Kenapa jalan raya ni ada garis putusputus putih?”

walaupun soalan itu senang, ia tetap menggalakkan anak berfikir.

 

“Perasan tak sign board ada warna hijau, coklat dan biru? Kenapa?”

“Kenapa bukit yang sana tu warna biru dan bukit sebelah kita ni hijau?”

berebut-rebutlah anak nak melihat dan menjawab soalan. Indah!

7.  Solat outdoor

Di bumi korea tiada tempat proper untuk solat. Kadangkala kami tidak sempat untuk jamak qasar maka kami memilih untuk solt outdoor. Ia pengalaman baru bagi anak-anak merasakan bagaimana perasaan solat dan orang lalu lalang memerhati, ambil wudhu guna air 1 botol kongsi 4orang, solat berbumbungkan langit. InshaAllah terkesan.

 

8. Makan bekal

Kami sering membawa bekal nasi goreng berserta nuggets etc. Ini mudah kerana sistem membeli makanan di R&R agak sukar untuk kami yang ramai anak kecil. Anak yang lapar akan lagi grumpy jika menunggu lama. Lebih sukar jika tempat makan penuh. Dengan membawa bekal kami boleh berhenti dimana sahaja yang sesuai dan makan. Bersih lagi selamat inshaAllah.

 

setakat ini sahaja yang saya boleh recall. InshaAllah akan berkongsi lagi.:)